Hari yang dinantikan bakal tiba jua. Tepat pukul8.00 am semuanya akan bermula. Garis kehidupan aku akan bermula lagi. Tercipta sebuah lorong impian yang jalannya penuhi dengan bunga harapan dan kasih sayang lalu aku sirami dengan air keinsafan iaitu doa. Sahabatku yang aku kasihi doakan aku dalam menuju perjalanan yang aku sendiri belum pernah lalui... Semoga aku dapat melaluinya dengan penuh kesyukuran dan keredhaan. Apakah 25 OGOS 2010 ini bakal memenuhi impianku? Atau banyak kemungkinan lain. Adakah aku telah ditakdirkan untuk meninggalkan bumi Sabah atau tidak segalanya akan terjawab dalam beberapa bulan selepas tarikh ini. Aku sendiri terasa takut dan berbagai-bagai perasaan yang bercampur dalam hati ini. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti aku inginkan. Ya...Allah permudahkan segala urusan ku pada hari itu...Aminn......Tunggu tau cerita selanjutnya. hehehe
No comments:
Post a Comment