My Memory

Sunday, July 11, 2010

Hari Kelahiran Aku.......:-)

Hari ini adalah hari kelahiran aku yang ke-23 tahun. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah s.w.t yang tiada bandingan. Alhamdulillah atas ujian dan dugaan yang telah DIA berikan kepada kerana itu telah mengajar aku erti kehidupan dan memberikan aku kesabaran dalam menghadapi semuanya dengan tabah dan keimanan dalam diri aku. Walau berkali aku jatuh namun DIA sentiasa ada disisi aku dan aku yakin bahawa DIA tidak pernah meninggalkan aku keseorangan. " Ibu...anakmu telah genap 23tahun hari ini. Seandainya dikau masih bersama aku tentu dikau akan memeluk aku." Harapan dan doa terus aku hulurkan sebagai tanda aku sentiasa menyayangi dirimu ibu.... Ibu tidak pernah jauh dari hati ini....Sahabat-sahabatku doakan kejayaan aku ye...huhuhu....Duhai sahabat-sahabat aku yang aku sayangi terima kasih atas semua dan ucapan yang paling awal aku terima adalah dari sahabat aku yang bernama SULANSYAH OTHMAN@atai encem...hehehe

Sunday, July 4, 2010

Pertemuan Sahabat Lama....

Hari ini aku dikejutkan dengan kedatangan sahabat lama aku. Hari ini aku telah bertemu dengan sahabat aku yang sekian lama tidak berjumpa selama dua tahun lebih. Aku beranikan diri untuk berhadapan dengan dia ( Isyati Binti Ismail ) kerana aku sudah tidak dapat berkata walau sepatah pun. Aku tergamam dan tiba-tiba melonjak kegembiraan. Dia semakin berisi dan perangai dia yang tidak pernah berubah menggamatkan lagi suasana. Tetapi aku bersyukur kerana selama ini dia bersabar untuk menjadi sahabat aku. Puas dia cuba memeluk tetapi aku menolak kerana aku berasa geli sehinggakan aku ketawa sampai berair mata ingin menggelak. Kebahagian dalam kasih sayang persahabatan yang takkan pernah pudar berkat kesabaran dan memahami. Sebelum kami berpisah kami sempat untuk mengambil gambar sebagai kenangan kerana esok akan dia kembali semula ke Pulau Mabul untuk bekerja lagi. Cepat sangat masa berlalu tetapi aku yakin kami akan bertemu lagi. Insy'allah..........

Thursday, July 1, 2010

Kasih Seorang Abang...

Hari ini aku baru mengerti dan faham erti kasih sayang seorang abang. Aku baru belajar memahami kasih seorang abang. Aku gembira dan terlalu suka dapat dipujuk oleh seorang abang. Terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk merasainya dan aku masukkan dalam cerita aku pada hari ini. My Big Brother.... Memohon maaf dari seorang "adeq" melalui sehelai kertas yang sangat comel. Tiada makna sayang selain kasih sayang "abg n adeq" jadi sahabat-sahabat yang aku kasihi jangan sampai salah tafsir pulak. huhu.... Kerana pada suatu saat akan aku berikan abg peluang untuk membaca blog adeq..... begitulah ceritatera aku. Tentang si Dia pulak? Dia sihat alhamdullillah dan aku tidak pernah membuatkan dia menjadi milik aku kerana aku tahu dia milik Yang Kuasa. Kerana Allah swt telah menemukan kami kerana Dia jugalah yang berkuasa atas hubungan ini....kita hanya merancang dan Dia yang menentukan segalanya.