My Memory

Saturday, June 26, 2010

Duhai...sahabatku fahamilah daku...

Entah kenapa aku rasa semakin menjauh dari mereka tetapi semakin kerap muncul dalam minda dan hati aku selalu terbayang akan mereka. Seperti ada sesuatu yang belum terjawab dan sesuatu yang menarik aku untuk bersemuka dengan mereka. Sama seperti magnet yang saling menarik dengan kuat. Aku dapat merasai setiap kehidupan harian mereka. Kadang-kala aku perlukan mereka dan adakalanya aku rasa seperti mereka selalu memerhatikan aku. Mungkin hanya mainan perasaan yang selalu melekakan aku. Mungkin jua aku terlalukan merindui mereka semua. Banyak sangat perkataan “mungkin” dan tak pasti betul atau tidak. Menidakkan sesuatu yang pasti sama seperti menipu diri sendiri. Aku faham makna ayat tersebut dan mungkin aku maksudkan untuk diri aku sendiri atau orang lain. Berselindung? Bersembunyi? Lari dari kenyataan? Betul semua ini wajud dalam diri aku? Tetapi kenapa mesti aku? Aku yakin kami akan kembali seperti dahulu. Mesra, suka duka bersama dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Tetapi aku belum bersedia untuk bertemu mereka. Sangat sakit bila mengenali seorang tetapi berpura-pura seperti tidak mengenali mereka. Bukan aku ingin membuang mereka dari kehidupan aku malah aku telah menjelaskan kenapa aku berbuat sedemikian dan aku harap mereka dapat memahami situasi aku sekarang ini. Sentiasa menafikan dan terus menafikan, dapatkah aku bertahan……. Sokongan demi sokongan aku terima aku harap dapat bertahan hingga ke akhirnya...

Saturday, June 19, 2010

Alunan kata hati...

Kematian adalah sesuatu yang amat pasti kepada semua kehidupan yang bernyawa. Sama seperti aku akan tiba masanya aku pergi jua. Ketakutan dan kesakitan dalam dunia ini hanya sedikit daripada berbanding kesakitan di alam sana. Aku redha akan takdirnya yang akan membawa aku sampai ke titik perhentian seluruh hidup ini kerana aku punya dan miliki masa yang amat indah takkan hilang dari hati dan minda ini. Tetapi perjuangan aku belum berakhir sekiranya aku menyerah dan terus berputus asa. Pada ketika itu, sedang aku sedu sedan muncul seorang dihadapan aku yang memberikan aku sedikit ruang untuk meluahkan sgalanya. Siapa pun dia, aku tidak peduli kerana dia adalah insan yang kusayangi. Pada satu masa akan ku tinggalkan buat selamanya. Tiap sujudku padaNYA akan ke persembahkan kesyukuran atas kenikmatan dan dugaan yang DIA selalu berikan kepada aku. Puisi tarian kehidupan membawa irama yang indah. seperti daun yang menari mengikut rentak irama seruling tiupan sang angin.....

Wednesday, June 2, 2010

Keluh Kesah...

Dari semalam lagi dapat aku rasakan bagai berada disebuah tempat yang amat sempit dan kecil. Dulu aku fikir dia akan putus asa setelah aku tolak permintaannya. Tapi kini dia kembali dengan semangat yang aku sangat takuti. Perlukah aku memadamkan rasa sayang dalam hati aku hanya kerana seseorang memerlukan aku dalam hidupnya? Perlukah aku lalui semua ini? Selama ini tidak terniat walau sedikit pun dalam hati aku ingin menarik perhatian sesiapa. Aku semakin rimas dan kelemasan tiap kali bersemuka dengannya kerana tiada soalan lain yang akan meniti dari bibirnya. Soalan yang sama dan kerap kali berulang takkanlah aku tak ingat. Kadang-kala semua ini membuatkan aku terasa malas nak pergi kerja. Tapi takkanlah aku nak halau "customer" aku pula, nanti tak pasal-pasal aku yang kena balik dengan bos. Tertekan yang amat sangat!!!! Nak kata aku bohong dengan dia tak ada juga. Malah aku mengaku meminati seseorang bahkan siap aku bagi lihat lagi dengan dia gambar sesorang itu. Ingatkan dia akan putus asa tapi dengan penuh semangat dia katakan siapa cepat dia dapat. Fikir aku ini barang jualan akhir tahun. Semua ini berpunca dari tahap keramahan aku.. Tapi nanti aku buat muka masam kelat mencuka "customer" kata aku pula sombong. Payahnya nak sedapkan hati semua orang...