My Memory

Wednesday, June 2, 2010

Keluh Kesah...

Dari semalam lagi dapat aku rasakan bagai berada disebuah tempat yang amat sempit dan kecil. Dulu aku fikir dia akan putus asa setelah aku tolak permintaannya. Tapi kini dia kembali dengan semangat yang aku sangat takuti. Perlukah aku memadamkan rasa sayang dalam hati aku hanya kerana seseorang memerlukan aku dalam hidupnya? Perlukah aku lalui semua ini? Selama ini tidak terniat walau sedikit pun dalam hati aku ingin menarik perhatian sesiapa. Aku semakin rimas dan kelemasan tiap kali bersemuka dengannya kerana tiada soalan lain yang akan meniti dari bibirnya. Soalan yang sama dan kerap kali berulang takkanlah aku tak ingat. Kadang-kala semua ini membuatkan aku terasa malas nak pergi kerja. Tapi takkanlah aku nak halau "customer" aku pula, nanti tak pasal-pasal aku yang kena balik dengan bos. Tertekan yang amat sangat!!!! Nak kata aku bohong dengan dia tak ada juga. Malah aku mengaku meminati seseorang bahkan siap aku bagi lihat lagi dengan dia gambar sesorang itu. Ingatkan dia akan putus asa tapi dengan penuh semangat dia katakan siapa cepat dia dapat. Fikir aku ini barang jualan akhir tahun. Semua ini berpunca dari tahap keramahan aku.. Tapi nanti aku buat muka masam kelat mencuka "customer" kata aku pula sombong. Payahnya nak sedapkan hati semua orang...

1 comment:

  1. assalamualaikum..em..sukar juga utk menghadapi hidup yg mcm ni..perlukan kesabaran yg tinggi..dan perlukan akal yg bijak utk menentukannya..begitulah manusia,tak semua dpt memahami ant satu sama lain..

    ReplyDelete