My Memory

Sunday, July 4, 2010

Pertemuan Sahabat Lama....

Hari ini aku dikejutkan dengan kedatangan sahabat lama aku. Hari ini aku telah bertemu dengan sahabat aku yang sekian lama tidak berjumpa selama dua tahun lebih. Aku beranikan diri untuk berhadapan dengan dia ( Isyati Binti Ismail ) kerana aku sudah tidak dapat berkata walau sepatah pun. Aku tergamam dan tiba-tiba melonjak kegembiraan. Dia semakin berisi dan perangai dia yang tidak pernah berubah menggamatkan lagi suasana. Tetapi aku bersyukur kerana selama ini dia bersabar untuk menjadi sahabat aku. Puas dia cuba memeluk tetapi aku menolak kerana aku berasa geli sehinggakan aku ketawa sampai berair mata ingin menggelak. Kebahagian dalam kasih sayang persahabatan yang takkan pernah pudar berkat kesabaran dan memahami. Sebelum kami berpisah kami sempat untuk mengambil gambar sebagai kenangan kerana esok akan dia kembali semula ke Pulau Mabul untuk bekerja lagi. Cepat sangat masa berlalu tetapi aku yakin kami akan bertemu lagi. Insy'allah..........

No comments:

Post a Comment