My Memory

Tuesday, August 17, 2010

Hilang Kepercayaan...

Hari ini awal pagi lagi aku lihat meja aku berselerak dan tidak kemas seperti aku mula tinggalkan kedai semalam masa aku balik kerja. Buku senarai untuk bil terbuka macam itu sahaja. Akaun semasa yang aku susun rapi pun berselerak atas meja. Mula-mula aku tak fikir juga sama ada itu kesan kes curi atau apa-apa pun. Sebaliknya aku berfikir bahawa boss aku mencari sesuatu dalam laci meja atau atas meja aku. Bila datang "customer" aku tadi pagi aku pun sibuk cari bil untuk dikembalikan kepada pemilik bil tersebut. Tapi aku tak jumpa then terus kol Boss aku. Bila Boss aku datang kedai terus dia tanya aku pasal bil astro yang aku lupa letak tarikh. Kini aku tahu Boss aku mengesyaki aku melesapkan duit yang berjumlah Rm300.00...semua sebab aku terlupa letak tarikh dalam 1 bil astro yang berjumlah RM300.00. Walaupun begitu, aku tidak pernah lupa untuk merekodkan semua bil yang aku terima dalam senarai buku bil dan akaun semasa kedai. Siap ada bukti penerimaan lagi. Sedihkan bila Boss sendiri tidak percaya kepada pekerjanya. Selama aku jaga CC ini, aku pernah pegang duit kedai lebih dari itu sebelum diserahkan kepada Boss. Aku sedih sangat bila diperlakukan macam seorang pencuri walhal aku lakukan kerja ini dengan penuh amanah dan tanggung jawab sebagai pekerja. Hal ini membuatkan aku tidak senang hati buat kerja. Sebelum Boss berangkat pergi kerja aku sempat memberitahunya bahawa aku bukan seorang pencuri dan tiba-tiba muka Boss berubah dari ceria kepada muram. Boss berlalu tanpa berkata sepatah pun. Aku sedih sangat.......!!!! Hanya kerana kecuaian aku sendiri membuatkan Boss hilang kepercayaan dengan aku.. Walaupun aku lupa letak tarikh dalam bil astro tersebut Boss patut tanya aku dahulu aku sebelum kejadian macam ini berulang kembali. Membuat keceriannya aku hilang awal pagi lagi dan membuatkan aku malas nak buat kerja. Rasa nak cuti je...

No comments:

Post a Comment