My Memory

Thursday, August 12, 2010

Ragam Bulan Puasa...

Assalamualaikum...semua sahabat yang aku sayangi, alhamdulillah hari ini puasa kita semua dah masuk hari kedua insy'allah sampai ke waktu berbuka. Tentu macam-macam ragam time bulan puasa ini..hehehe mesti ada yang payah sangat nak bangunkan untuk bersahur dan ada yang masih dalam keadaan separuh sedar tetapi dah duduk kat meja makan. Awal pagi tadi makcik aku fikir dah pukul3 pagi so cepat-cepatlah dia bergegas ke dapur. Bila aku tersedar akan bunyi bising kat dapur aku pun bangun jugaklah tapi sebelum ke dapur aku sempat jugak tengok jam kat tepi katil aku baru pukul12.55 pagi. Aku pun pergilah kat dapur dan berkata "awal juga makcik bangun" then makcik aku Kata "awal apa kalau sekarang dah nak masuk pukul3.30 pagi. Selepas sahaja aku dengar jawapan spontan makcik, aku apa lagi terus gelak sampai berair mata. Makcik aku dah naik marah sebab aku gelakkan dia. Tetapi aku suruh makcik aku tengok jam dan dengan selambanya dia masuk bilik lalu tido semula. Aduhai...itulah makcik yang aku sayangi dan hormati. Beliau adalah kakak kandung kepada arwah ibu aku.

No comments:

Post a Comment