My Memory

Wednesday, September 22, 2010

Bersih VS Kotor

Hari ini aku akan bercerita tentang seorang yang suka dengan kebersihan dan seorang lagi yang malas hendak mengemas lebih tepat lagi seorang tidak suka tentang kebersihan. Beberapa hari lalu makcik aku sekeluarga datang dari kg. Pinang. Tetapi makcik aku yang seorang ini bukanlah kata dia tak rajin buat kerja rumah, mengemas dan sebagainya dah memang macam itu perangai dia suka melewatkan sesuatu kerja. Berkenaan makcik aku ( Masniah ) pula, berliau adalah seorang yang sangat rajin dalam bab-bab kemas mengemas ini. Paling beliau tidak suka adalah melengahkan sesuatu kerja. Biarpun beliau letih, tidak sekali pun beliau akan mengabaikan tugas kat rumah semua beliau nak siapkan. Mulalah mereka berbalah tentang nak jaga kerbersihan rumah. Awal pagi lagi dah kecoh kat rumah aku...start membebel dah macam ceramah pagi. Ala - ala macam mukadimah pagi... hehehe... Nenek aku pula tak nak masuk campur hal mereka berdua. Sebab dah tak larat nak nasihatkan mereka. Gaduh pun taklah sampai nak bermasam muka. Selesai sahaja bab kemas rumah mereka pun kembali normal semula. Siap boleh bergurau-gurau lagi dan tergelak sama-sama. Lagipun bukankah kerbersihan dalam islam itu satu ibadah...

No comments:

Post a Comment