My Memory

Tuesday, May 4, 2010

Biarlah seperti ini...

Berdosakah aku menafikan kewujudan dan kebenaran sahabat – sahabat aku sendiri? Aku berbuat sedemikian adalah kerana aku sudah tidak ingin perkara yang sama berulang kembali lagi. Aku sudah serik dan tidak berupaya lagi untuk menghadirkan diri dalam persahabatan antara aku, dia, dia dan dia. Mungkin kerana aku pernah dipermainkan sekali oleh mereka. Tetapi tidak salah untuk aku memaafkan mereka. Cuma sekadar aku menjauhkan diri dari mereka sahaja. Cukuplah bagi aku sekiranya aku tahu mereka sedang berbahagia dengan kehidupan baru. Kenapa mesti mereka melibatkan aku sekali lagi? Sejauh mungkin aku cuba menjauh sepantas itulah mereka mengejar aku. Semalan aku menerima pesanan ringkas mereka yang sudah cukup membuatkan seluruh badan aku kedinginan secara tiba-tiba dan aku merasakan seluruh anggota tubuh badan aku tidak berupaya lagi. Mungkin reaksi aku terlampau sikit agaknya sehinggakan bos aku tegur aku kerana dia perasaan perubahan raut wajah aku yang berubah. Selama ini aku sering menggelakkan diri daripada mereka bertiga, mungkin bagi mereka aku hanya seorang yang pengecut dan tidak mahu berdepan dengan masalah. Bagi aku menggelakkan diri berdasarkan sebab yang kukuh dan demi kebahagian semua pihak adalah lebih baik dari menghadirkan diri lagi akan mengeruhkan keadaan. Aku bukan jenis yang suka sangat pentingkan diri walau kadang-kadang pentingkan diri itu perlu tetapi mestilah kena pada tempat dan waktu yang sesuai. Betul tak….???

2 comments:

  1. assalamualaikum..
    em..pernah juga sy terfikir spt ini..kdg2 kita pun x pasti nak wat kptsn..tp,yg penting kita mesti yakin apa yg kita lakukan..hanya kita yg mengetahui ttg diri kita..

    ReplyDelete
  2. wslm...btl 2 sebab sy yakin apa yg sy wat ni utk kebahagian dan kegembiraan dalam persahabatan kami..sy xkisah apa yg meka fikirkan ttg diri sy 2 terpulang kepda meka...tima kc nur....awak mang cam "NUR"

    ReplyDelete