My Memory

Thursday, May 27, 2010

???

Salahkah untuk aku menjadi diri aku sendiri dihadapan "sahabat-sahabat" aku? Kenapa mesti mereka mempertikaikan kehadiran aku? Bila aku cuba untuk jujur mereka tidak dapat menerima semua perbuatan aku. Aku jadi keliru kenapa keadaan mesti menjadi permainan yang perlu jawapan dan sebuah hadiah sebagai ganjaran. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi mereka tetapi adakah mereka juga berbuat sedemikian? Tak perlu untuk menjadi hipokrit untuk mereka yang tak menghargai? Perlukah?...........

Sunday, May 23, 2010

Haru kebiruan dan tak juga hilang ingatan..:-)

Hari ini tahap kepanasan yang global sangat. Apa lagi aku pun ikut jugalah dalam “mood” kepanasan global. Tak boleh silap sikit, aku asyik nak melenting je. Tahap keramahan aku dengan “customer” pun ikut “down” sekali. Tetapi tak adalah sampai aku nak marah-marah dengan “cutomer’ aku pula. Aku masih dalam kawalan emosi yang agak stabil lagi. Sebab-sebab aku takut juga kalau aku marah tak tentu pasal tentu aku sendiri yang cari bala bencana. Nanti tak pasal-pasal aku yang kena balik dek “customer”. Tak ramai juga “customer” aku hari ini berbanding semalam. Dalam keadaan yang macam ini aku suka sangat menyotongkan diri. Dulu cikgu aku pernah kata sesiapa yang suka merebahkan kepala atas meja macam orang nak tidur itu sama dengan sotong yang ada tulang belakang tapi lembut juga tak boleh nak duduk tegak-tegak. Itulah cikgu yang sehingga ke hari ini masih berhubung dengan aku dan selalu memberikan galakan untuk aku. Hari ini juga hari yang paling baik punya kerana adik kesayangan baru pulang ke rumah tadi pagi. Cuti sem...yang menggembirakan....Cuti-cuti Malaysia.....

Wednesday, May 19, 2010

"Tersalah Tafsiran"

Hari ini awal pagi lagi ada seorang "Customer" yang betul-betul buat aku "heart attack" tiba-tiba dan tanpa aku duga kebaikannya selama ini dengan aku tersembunyi niat yang aku kira baik jugalah. Adakah patut "tak patut 2x" dia meluahkan rasa hatinya dengan aku. Tidak aku terniat untuk melukakan hatinya, aku tidak mampu berkata apa-apa kerana lidah aku kelu hilang seribu bahasa. Mestilah aku tidak boleh jawab time itu sebab "Customer" aku yang lain pun ada masa itu juga. Aku hanya berkata padanya "kita hanya boleh jadi kawan kerana hati aku tidak teringin untuk bercinta lagi". Selepas itu, aku terus menyibukan diri dan membiarkan "dia" termanggu dengan jawapan aku. Pelik sangat orang sekarang ini atau aku yang pelik. Memang pelik kerana berbuat kerana ada niat tersendiri untuk mendekati orang lain. Aku tak salahkan "dia" dalam hal ini, mungkin sifat aku yang cepat mesra dengan orang lain telah menyebabkan dia salah faham. Aku harap "dia" akan bertemu dengan yang lebih sesuai. Aku lebih selesa dengan keadaan aku sekarang ini yang hanya memikirkan pasal keluarga dan kerja. Walau apa pun aku lebih selesa dengan hubungan persahabatan kami.

Sunday, May 9, 2010

"Selamat Hari Ibu"

Hari ini adalah "HARI IBU" banyak rancangan kat TV yang menyiarkan cerita berkaitan ibu dan tidak kurang juga ucapan untuk ibu. Begitu banyak cara untuk meraihkan kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu tapi hanya itu sahaja perkara yang aku mampu lakukan untuk ibu. Aku selalu mendoakan agar semua dosa-dosa ibu dapat di ampun dan memohon kesejahteraannya di sana semoga rohnya bersemadi bersama orang-orang beriman. Doaku yang tidak kering dan luput ditelan zaman. Kadang kala aku seperti seorang anak kecil yang memerlukan dakapan dari seorang ibu dan aku terlalu merindui dakapan itu. Dakapan seorang ibu dalam dunia ini masih tiada yang dapat mengantikannya kerana kehangatan dakapan itu tersangat membuatkan kita berasa selasa dan selamat. Permergiannya dari hidup aku banyak mengajar aku tentang makna kasih sayang sedari kecil sehingga kini aku tetap memdambakan kasih sayang itu. Seperti lagu nasyid kumpulan Hijjaz yang bertajuk " BELAIAN IBU"............walaupun sedih tetapi tiada sebab untuk membuatkan kita lupa untuk tersenyum. Seperti langit yang mendung akan menitiskan hujan dan selepas itu akan menghasilkan sebuah pelangi yang cukup indah. Samalah jua dengan kehidupan ini yang sentiasa menjanjikan sebuah kebahagian. Hanya terpulang dari kita untuk menghayati setiap anugerah terindah dari Yang Esa...cepat atau lambat pasti ada.........

Tuesday, May 4, 2010

Biarlah seperti ini...

Berdosakah aku menafikan kewujudan dan kebenaran sahabat – sahabat aku sendiri? Aku berbuat sedemikian adalah kerana aku sudah tidak ingin perkara yang sama berulang kembali lagi. Aku sudah serik dan tidak berupaya lagi untuk menghadirkan diri dalam persahabatan antara aku, dia, dia dan dia. Mungkin kerana aku pernah dipermainkan sekali oleh mereka. Tetapi tidak salah untuk aku memaafkan mereka. Cuma sekadar aku menjauhkan diri dari mereka sahaja. Cukuplah bagi aku sekiranya aku tahu mereka sedang berbahagia dengan kehidupan baru. Kenapa mesti mereka melibatkan aku sekali lagi? Sejauh mungkin aku cuba menjauh sepantas itulah mereka mengejar aku. Semalan aku menerima pesanan ringkas mereka yang sudah cukup membuatkan seluruh badan aku kedinginan secara tiba-tiba dan aku merasakan seluruh anggota tubuh badan aku tidak berupaya lagi. Mungkin reaksi aku terlampau sikit agaknya sehinggakan bos aku tegur aku kerana dia perasaan perubahan raut wajah aku yang berubah. Selama ini aku sering menggelakkan diri daripada mereka bertiga, mungkin bagi mereka aku hanya seorang yang pengecut dan tidak mahu berdepan dengan masalah. Bagi aku menggelakkan diri berdasarkan sebab yang kukuh dan demi kebahagian semua pihak adalah lebih baik dari menghadirkan diri lagi akan mengeruhkan keadaan. Aku bukan jenis yang suka sangat pentingkan diri walau kadang-kadang pentingkan diri itu perlu tetapi mestilah kena pada tempat dan waktu yang sesuai. Betul tak….???